Mr.Yee (the new mr.yee)
+
Miss Yee
Semoga kita berkekalan...amin~
GSC kt sunway..mmg best... ;D
ili + ilani + ita (kwnku sejak sek.rendah lg)
pas tgk movie...kteorg pergi window shopping..maklum la xberduit sgt..cuci mata pon jadi la...hehehe...
ili mengtry2 cermin mata beso.. ;p
ilani dok kire2 duit yg habis...hahaha
pas penat2 shopping..ni la muka 2 org ni..
pastu kteorg pegi mkn kt MCD...n pulang ke rumah..
hari ni pergi jalan-jalan lagi...
maybe pegi tgk wyg...hehehe dah jadi addicted plak tgk wyg...
kali ni aku pergi ngn kwn sekampung aku..(ilani n ili) lama dah xkluar ngn diorg...n adik aku sebagai driver..maklum la aku ni xde lesen kete lg..yg 2 org tu ade lesen tp simpn...hehehe..jgn marah... ;p
k la blk ni aku cite ape movie aku tgk...aku nak g msk dulu.n bersiap2....
ni la dapat melepas gian..huhuhu..abis jer blk keje trus mandi2 n then mayang n trus pergi..
tu pon dah berderet org beratur...nasib la cousin aku ade kenal membe yang keje situ senang la skit
nak bli tiket....
ni la sunway carnival mall...kat seberang jaya...agak bes gak la.. ;D
kteorg tengok cite ni la SYURGA CINTA...
Pengarah: Ahmad IdhamPelakon: Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).
Sinopsis
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Semasa ini,Irham mula sedar akan kesalahan dirinya yang lalai akan kewajipannya terhadap Allah ..dan kesalahan dia terhadap Syuhadah.Dia balik ke pangkal jalan dan berusaha mendapatkan hati syuhadah yang dia lukakan..
Irham, Ikmal & Cikgu Syuhadah
Arini..aku n ilani akan meneruskan usaha kteorg...pergi wat survey rumah kerumah..mmg mencabar...maklum la aku kan pemalu..hahaha...nak ikutkan soklan tu bley jwb jer sendiri...tp nak kena ade tandatangan org..terpaksa la xmalukan diri pergi rumah kerumah.ade best ade xbest....
bestnye wt mende ni...
xbestnye wt mende ni...
Mood xbrape ok...adik aku wat hal..
rase mcm nk marah-marah jer... tp dah marah dah pon..
Sebelum suhu aku meningkat aku terus masuk bilik..layan perasaan lagi baik....
ntah la..pk byk-byk..sakit ati..xpk..kesian plak..hmm pas ni nk snyap..nak jadi pemerhati jer....
tapi nasib la mr.yee ade...sejuk skit ati ni... nsb la dilayan jer aku ni...
tapi kejap jer la...sian la plak die...tgh2 ckp bley tertido...xpe la..die pon dh pnt...xsmpai ati la plak suh layan aku ni..hehehe..
sebab-sebab kenapa aku xupdate...
Bende yang aku selalu pikir selama ini yang menyebabkan mood-mood aku hancuss..dah selesai and dah xmenyesakkan kepala aku ni dah...
untuk kamu...
thanks for being with me...hope in the future ape yang terjadi xkan jadi dah...
hope kamu pikir dulu before buat....and jangan la wat ati aku terluka lagi...
i'm really love u...and xsabar nak jumpe kamu..semoga diberkati dan dilindungi dalam
hubungan ini....amin~
addicted sama mereka... ;p
boys over flower.....
Kamu semakin berubah..
Dulu kamu ade masa tuk luangkan..
tapi sekarang.....
Dulu kamu xpernah nak off hp...
tapi sekarang....
Dulu masa free..kamu akan msj
tapi sekarang....
Dulu kamu akan call bila berkesempatan..
tapi sekarang...
Dulu kamu selalu mengucapkan kata-kata yang menyenangkan aku..
tapi sekarang.....
kenapa semua ini perlu berlaku...?
aku mengambil berat tentang kamu bukan aku menunjuk-menunjuk kerana diriku hebat..
tetapi aku sedar akan kekurangan diriku dan keluarga kita...menyebabkan aku sentiasa ingin mengingati diriku + kamu-kamu tidak alpa dari mengejar sasaran yang kita impikan....aku sayangkan kamu semua..aku ingin kita sama-sama menjadi perintis di dalam keluarga kita... jangan la kamu-kamu menyalah ertikan kata-kataku kepada kamu...aku bukan orang yang hebat tetapi aku inginkan semua itu terjadi...dan aku benci jika kamu hanya memperlekeh kata-kata ku itu....selepas ini aku akan berdiam diri sahaja..aku akan bersuara untuk orang yang hanya mendengar sahaja....tapi untuk adik-adik ku...aku xkan putus asa untuk mengingati kamu semua... orang yang mempunyai keluarga yang terpelajar dan berjaya mereka xtau perasaan kita macam mane..mereka hanya memandang ringan sahaja tentang itu...
untuk adik-adikku..
ingat sasaran kita nak jadi perintis dalam keluarga kita......biar la orang mengtertawakan or memperlekeh kita..tapi kita akan buktikan kita boleh buat dengan lebih baik dan dapat membanggakan orang tua kita.. (MAK & ABAH)..
untuk kamu-kamu..
maaf la kalo nasihat aku membuat kamu rase xselesa..tapi aku hanya ingin mengingati kamu..aku bukan jenis membiarkan keluarga aku begitu sahaja,,tetapi jika diam aku itu yang kamu inginkan...aku redha....dan pastikan kamu akan ingatkan diriku...